Saturday 25 November 2017

Suka, Sayang, atau Cinta?

Related image

Suka.
Setiap orang bisa untuk mengucapkan perkataan suka,
Tapi untuk mendalami maknanya,
Itu ada subjektif untuk setiap manusia,
Pilihan setiap insan di dunia,
Itu sentiasa berbeza.

Engkau adalah engkau yang sebenarnya,
Aku adalah aku,
Kerana apa aku rasa,
Tidak akan sama dengan apa yang engkau rasa.

Sayang.
Sayang mula terbit saat kita mula melihat seseorang melalui mata hati,
Kaca mata hati yang tidak bisa menipu diri,
Saat engkau mula menerima dan memberi,
Apa jua untuk insan yang disayangi.

Perkataan sayang itu sendiri,
Tidak semua orang mampu untuk meluahkan dari hati,
Ada yang memilih untuk memendam diri,
Ada jua yang memilih untuk meluahkan pada insan yang disayangi.

Cinta.
Cinta memerlukan pengorbanan,
Berkorban hati dan perasaan,
Berkorban setiap apa yang engkau punyai,
Walaupun secebis hati.

Demi melihat insan yang dicintai,
Menggapai bahagianya tersendiri,
Meskipun engkau dilukai,
Meskipun engkau harus menanti.

Antara suka, sayang, ataupun cinta,
Terselit benci dan juga duka.
Bahagia tidak selamanya milik kita,
Kerana itu milik Yang Esa.

Antara benci dan duka,
Tidak semua akan kekal yang sama,
Tidak selamanya kita akan membenci,
Tidak juga selamanya berduka.

Harapan.
Satu lagi aksara yang membawa bahagia juga derita,
Satu perkataan yang perlu diwaspada.

Janganlah menggunung menyimpan harapan,
Kelak satu hari ia akan binasakan diri,
Membawa kepada kecewa yang berpanjangan,
Atau juga buat manusia lupa diri.

Duhai manusia,
Berhentilah berharap pada yang tak nyata,
Kerana akhirnya pasti engkau akan kecewa.

Jika itu bukan takdir untukmu,
Belajarlah untuk redha.
Kerna Tuhan tahu yang terbaik buatmu,
Agar engkau tidak akan lupa pada-Nya.

© @airatisya